Gundam Seed

Mobile Suit Gundam SEED atau nama singkatannya Gundam SEED adalah satu siri tv animasi yang dikeluarkan oleh Sunrise Co. dan di arahkan oleh Mitsuo Fukada (lihat gambar). Cerita nyer berkisar tentang percakaran antara puak Natural dan Koordinator (genetik manusia yang telah diubahsuai)

Siri Gundam Seed telah dikeluarkan sebanyak 50 episod dan ditayangkan di tv Jepun pada 5hb Oktober 2002 dan 27hb September di setesen tv TBS dan MBS. SEED juga telah dikeluarkan dalam bentuk manga dan diterbitkan oleh Kodansha pada 17hb Februari 2003. Selepas kejayaan Gundam Seed.menyusul pula Mobile Suit Gundam SEED Destiny yang disiarkan di Jepun pada 9hb Oktober 2004 hingga 1hb Oktober 2005. SEED Destiny juga dikeluarkan sebanyak 50 episod.

Antara kejayaan yang dirangkul oleh Gundam SEED ialan memenangi Animage Anime Grand Prix pada tahun 2002.


Watak Gundam 00

Setsuna F Seiei

Soran Ibrahim atau nama glamernyer Setsuna F Seiei adalah hero utama citer ni. Beliau telah ditemui oleh Calestial Being pada umor 14 tahun. Soran berpotensi sebagai pilot dan berkhidmat sebagai Gundam Meister (gelaran untuk gundam otai lah kot!) Soran mengemudi robot Gundam yang diberi nama Gundam Exia..dan selepas itu beralih ke Gundam 00.

Latar belakang Setsuna, setelah di brainwash oleh Ali al-Saanchez telah bertindak membunuh ibu bapanya sendiri disebabkan pengaruh dan tunjuk ajar yang salah dari Ali. Disebabkan peristiwa tersebut..telah menimbul kebencian yang amat mendalam Setusna terhadap Ali.

Setelah Setsuna menghilangkan diri pada musim pertama..kini telah muncul kembali empat tahun kemudian dan menyertai Calestial Being semula.

Lockon Stratos

Neil Dylandy atau nama glamernyer Lockon Sratos adalah juruterbang sulung dan dianggap sebagai pemimpin utama GUndam Meister. Bersikap selamber dog dan tenang Lockon mengawal Gundam Dynames sambil ditemani robot bola yang diberi nama Haro.

Lockon juga mempunya sengketa peribadi terhadap Ali al-Saanchez yang bertanggungjawab atas kematian seluruh keluarganya (pengeboman di Ireland).

Setelah dibunuh pada musim pertama Lockon telah di ganti dengan adik saudara kembarnyer iaitu Lyle Dylandy. Tanpa mengubah nama Lockon, Lyle telah mengemudi Gundam Cherudim yang berfungsi dalam peperangan jarak jauh.

Allelujah Haptism

Allelujah adalah anak yatim piatu (kesian dier!). Semenjak kecil dia menghabiskan masanyer menyertai kumpulan Reformasi Manusia sebagai subjek percubaan Super Soldier yang diberi kod nama E-57. Walaupun bersikap lembut bukan bapuk dan lebih rasional berbanding dengan lain.. dia ada dual personal iaitu sadistik (ganas giler siafatnyer) dan egois.

Mengemudi Gundam Kyrios (bukan Kyrios kebab)..saingan utama beliau adalah pilot Super Program HRL Soma Peries. Kiranya dulu mereka ditempatkan dalam program yg sama.. Sebab itu lah ada talian super kinetik antara kepala hotak Allujah dengan Soma (betul ke bahasa aku ni? hahah)

Selepas Gundam Kyrios jahanam..beliau mengemudi Gundam Arios..gundam yang dikemudi oleh Allelujah berbentuk kapal terbang bermobiliti tinggi. Pada musim pertama aku ingat kan Allelujah dah mampos rupa-rupanya pada musim kedura..setelah 4 tahun rupa-rupanya dipenjara. Tapi beliau telah diselamatkan oelh rakan-rakanya dan selepas itu telah bersatu kembali.


Tieria Erde

Tiera adalah Gundam Meister yang mengemudi Gundam Virtue..sebuah Gundam super debab yang mempunyai perisai berat dan penggantinyer adalah Seravee Gundam. Beliau begitu obses dan begitu taat dengan arahan Veda (satu pengatucaraan komputer) Seorang yang penuh misteri nusantara..bersikap dingin tetapi sedaya upaya ingin berubah untuk membantu Gundam eister yang lain. Tieria juga adalah seorang Innovators dan mempunyai hubungan dengan Meisters KIA atau M.I.A pada akhir musim pertama)

Tiera terus bekerja dengan Calestial Being selama 4 tahun dan menyelamatkan Setsuna daripada A-Laws apda masa awal rancangan musim kedua.

Gundam 00 Season 2

4 tahun selepas pertempuran antara Claetial Being dan pasukan UN (bumi) satu persepakatan di bumi telah membentuk satu league yang diberi nama Earth Sphere Federation telah bekerjasama dengan Pasukan A-Law. Oleh kerana pasukan A-Law adalah antara yang terkuat dan dilengkapi dengan robot-robot termoden maka merek telah menggalas tanggungjawab untuk menghapuskan saki baki pengganas di bumi.

AKibat kuasa yang diberikan kepada A-Law lama-kelamaan mereka naik tocang dan mula menyalahgunakan kuasa dengan mencipta doktrin, menyebarkan ideologi serta menindas semua pihak sewenang-wenangnya.

Saji Crossroad..telah menjadi jurutera di stesen janakuasa seperti yang telah dijanjikan oleh beliau terhadap aweknya iaitu Louise Halevy. Malangnya Saji tak tau rupa-rupanya Louise telah terlibat dalam reformasi kerajaan persekutuan sebagai juruterbang mobile suit selama 4 tahun.

Sementara itu, Setsuna yang terselamat dari pertempuran dengan Graham Aker 4 tahun lepas cuba berhadapan dengan A-Law secara bersendiri namun tida terdaya kerana Mobile Suit A-Law lebih moden dan lebih power sedangkan Mobile Suit Setsuna (Gundam Exia) sudah ketinggalan zaman.

Dalam pertempuran awal di musim ke2..Setsuna telah diselamatkan oleh Tiera Erde yang mengemudikan Gundam Seravee.

Dengan menggabungkan GN Drive dari Exia dan 0, jurutera Aeolia telah mencipta satu enjin yang lebih power dan mantop yang dikenali sebagai Twin GN drive..yang dipasang pasa Gundam 00. Gundam ini telah
di amanahkan kepada Setsuna.

Sementara itu untuk mengisi tempat juruterbang kedua Lockon Stratus yang telah mampus, Pihak Calestial Being telah menjemput saudara kembar Lockon untuk mengemudi Gundam Cherudim.


Apabila melihat Calestial Being sudah mula berkonflik dengan A-Law..pihak ketiga mula membuat semak dn menyibuk..(ahli mesyuarat tingkap hahah) dengan menggelarkan diri depa sebagai Innovator. Pihak ketiga ini terdiri daripada Alejandro Corner, bekas penolong Ribbon Almark. Mereke mempunyai matlamat dan misinya tersendiri iaitu menyatupadukan manusia melalui Calestial Being dan memajukan umat manusia dalam menjalani inovasi trans-mutan.

Haa itu jer yang aku tau..kalau ada tambahan tolong kc tau ek.

Gundam 00

Introduksi gundam 00

Pada tahun 2307 dimana sumber fosil telah habis digunakan...manusia telah mendapat idea dengan mendapatkan sumebr tenaga baru dalam kuantiti yang besar iaitu tenaga suria. Sistem janaan tenaga ini telah dihubungkan dengan tiga orbit besar dan mempunyai lif. Wujudnya sistem janaan ini hanya boleh dimanfaatkan oleh segelintir kuasa besar dan sekutunya manakal yang lain jeles gilerlah.

3 kuasa besar yang punya hak terhadap sistem tenaga tersebut adalah dari blok Union..Amerika Syarikat. blok Reformasi Human League yang dipimpin oleh China, Russia dan india dan blok EU yang dipimpin oleh Eropah.

Masing-masing telah cuba mengekalkan prestij dan mempunyai egois tersendiri. maka tak hairanlah konflik masih berlaku hingga ke abad ke-24.

Dalam dunia yang caca merba dan tidak menentu, sebuah pertubuhan swasta telah muncul..dengan misi menghapuskan peperangan melalui angkatan bersenjata. Pertubuhan ini dikenali sebagai Calestial Being dan mampunyai robot Gundam. Dengan mengunakan mobile suit ini..mereka mula campur tangan dalam tindakan perang yang dicetuskan oleh manusia di bumi.



Berapa banyak cerita dia daa?

Nak tahu ber apa banyak siri Gundam yang ada di pasaran... pergh tak terkata..anda bukanla h seorang peminat fanatik gundam jika tidak menonton kesemua c erita tersebut. Jalinan cerita mungkin agak berserabut kerana produksi dari 2 negara yang berlainan iaitu Jepun dan US..

Sebahagian yang disenaraikan adalah kompilasi dari siri televisyen atau video. Mobile Suit Gundam I, II dan III menceritakan kembali kisah siri televisyen pertama, Last Blitz of Zeon dan siri Stardust memory melalui video.

Kemudian siri Miller's Report adalah didasarkan pada bahagian pertama daripada 08 MS tea
m (siri video). Selepas itu menyusul pula siri Earth Light dan Moonbeam Butterfly yang menceritakan kembali kisah Turn A Gundam melalui siri telveisyen.

Untuk pengetahuan semua dari sepuluh siri OVA Gundam hanya 2 siri iaitu -Chars Counterattack dan Gundam F91 merupakan cerita yang benar-benar asli.

Mobile Suit Gundam
43-episode television series*
Aired April 1979 to January 1980
Released in North America in 2001

Mobile Suit Gundam
Theatrical motion picture
Premiered March 1981
Released in North America in 1998

Mobile Suit Gundam II
Theatrical motion picture
Premiered July 1981
Released in North America in 1998

Mobile Suit Gundam III
Theatrical motion picture
Premiered March 1982
Released in North America in 1998

Mobile Suit Zeta Gundam
50-episode television series
Aired March 1985 to February 1986

Mobile Suit Gundam ZZ
47-episode television series
Aired March 1986 to January 1987

Mobile Suit Gundam:
Char's Counterattack
Theatrical motion picture
Premiered March 1988
Released in North America in 2002

Mobile Suit Gundam 0080:
War in the Pocket
6-episode video series
Released March 1989 to August 1989
Released in North America in 1998

Mobile Suit Gundam F91
Theatrical motion picture
Premiered March 1991

Mobile Suit Gundam 0083:
Stardust Memory
13-episode video series
Released May 1991 to September 1992
Released in North America in 1998

Mobile Suit Gundam 0083:
Last Blitz of Zeon
Theatrical motion picture
Premiered August 1992

Mobile Suit Victory Gundam
51-episode television series
Aired April 1993 to March 1994

Mobile Fighter G Gundam
49-episode television series
Aired April 1994 to March 1995
Released in North America in 2002

Mobile Suit Gundam Wing**
49-episode television series
Aired April 1995 to March 1996
Released in North America in 2000

Mobile Suit Gundam:
The 08th MS Team
12-episode video series
Released January 1996 to July 1999
Released in North America in 2001

After War Gundam X
39-episode television series
Aired April 1996 to December 1996

Mobile Suit Gundam Wing:
Endless Waltz
3-episode video series
Released January 1997 to July 1997
Released in North America in 2000

Mobile Suit Gundam:
The 08th MS Team - Miller's Report
Theatrical motion picture
Premiered August 1998
Released in North America in 2002

New Mobile War Chronicle Gundam Wing:
Endless Waltz Special Edition
Theatrical motion picture
Premiered August 1998
Released in North America in 2000

Turn A Gundam
50-episode television series
Aired April 1999 to March 2000

G-Saviour
Live-action television special
Premiered December 2000
Released in North America in 2002

Turn A Gundam I: Earth Light
Theatrical motion picture
Premiered October 2001

Turn A Gundam II: Moonbeam Butterfly
Theatrical motion picture
Premiered March 2002

Mobile Suit Gundam Seed
50-episode television series
Aired October 2002 to September 2003
* Only 42 episodes of the original Mobile Suit Gundam TV series were released in North America.
** Released in Japan under the title "New Mobile Report Gundam Wing."

Mobile Suit Gundam Seed Destiny

Mobile Suit Gundam OO
50-episode televisyen series

Mobile Suit Gundam 00 Season 2

Siapa buat Gundam?

Siri asal Gundam telah dihasilkan pada tahun 1979 melalui Studio animasi Japan Sunrise Inc. Pada tahun 1979 secara rasminya telah menjadi sebahagian dari Bandai CO. Bandai yang bertanggungjawab memperkomersialkan Gundam ke US. Kalau nak tahu.pencipta asal Gundam ialah Yoshiyuki Tomino (lihat pic) dan seorang lagi pencetus idea yang tak berapa mahu dikenali..kira nyer low profile abis iaitu Hajime Yatate. Pereka watak pula adalah Yoshikazu Yasuhiko dan mekanik, Kunio Okawara..merekalah arkitek dan perancang yang memainkan peranan besar dalam kelahiran siri Mobile Suit Gundam.

Beberapa siri Gundam pertama telah ditulis dan di arahkan oleh Tomino..tetapi selepas itu Sunrise telah membuka pintu dan menjemput pencipta lain untuk s
ama-sama menyumbang dalam pembuatan siri Gundam. Antaranya ialah lagenda animasi Jepun Yasuhiro Imagawa (Giant Robo), Masashi Ikeda (Ronin Worrior) dan Takeyuki Kanda (Round Vernian Vifam). Sementara untuk penghasilan watak..beberapa pencipta yang menghasilkannya adalah Haruhiko Mikimoto (Macross), Toshihiro Kawamoto (Cowboy Bebop), Shuko Murase (Garasaki) dan Akira Yasuda (Capcom's)

Penciptaan Mecha dalam Mobile Suit Gundam memang ramai yang power-power..antaranya adalah Shoji Kawamori (Macross, Vision of Escaflowne), Hajime Katoki (Virtual On), Kimitoshi Yamane (Vision of Escaflowne, Cowboy Bebop), Yutaka Izubuchi (Mobile Police Patlabor), Makoto Kobayashi (Giant Robo), Mika Akitaka (Martian Sucessor Nadeiseico), Mamoru Nagano (Five Star Stories) dan lebih mengejutkan terdapatnya artis tersohor barat yang memang menjadi pujaan hati aku iaitu Syd Mead (Blade Runner, Aliens)-lihat gambar.

Sejarah Gundam

Mobile Suit Gundam adalah satu animasi siri fiksyen sains yang pertama kali membuat penerampilan sulung di televisyen Jepun pada tahun 1979. Populariti yang semakin meningkat menyebabkan Mobile Suit Gundam menambah sekuel dengan mengembangkan dalam bentuk video, file dan teater filem.

10 tahun penuh dengan kecemerlanga
n..kisah Gundam telah diperluas merangkumi 9 siri televisyen, 4 siri video, 10 filem dan banyak novel, komik, dan video game. Idea dan jalan cerita Mobile suit Gundam turut berubah meliputi 6 dunia yang berbeza dengan setiap satunya mempunyai sejarah peperangan yang tersendiri.

Meskipun
mempunyai cabang peperangan yang pelbagai, paksinya tidak lari dengan membawa nama Gundam sebagai mesin robot terhebat. Dengan menggunakan prototaip Gundam RX-78 yang terdapat pada siri asalnya.. setiap cerita dan siri akan ditunjukkan evolusi dalam kepelbagaian pembikinan Gundam.

Dari evolusi tersebut maka mu
ncullah cerita seperti G Gundam dan Gundam Wing..hasil dari perintis Gundam RX-78.

Pada tahun 1998. Mobile Suit Gundam mula membuat aksi terjah ke negara Uncle Sam (Amerika Syarikat). Dengan memulakan strategi untuk mengkomersialkan Gundam, pihak Bandai Amerika telah mengeluarkan pelabagai permainan dan novel untuk semua lapisan umur. itu sahaja perkembangan secara ringkas tentang Gundam.