Watak Gundam 00

Setsuna F Seiei

Soran Ibrahim atau nama glamernyer Setsuna F Seiei adalah hero utama citer ni. Beliau telah ditemui oleh Calestial Being pada umor 14 tahun. Soran berpotensi sebagai pilot dan berkhidmat sebagai Gundam Meister (gelaran untuk gundam otai lah kot!) Soran mengemudi robot Gundam yang diberi nama Gundam Exia..dan selepas itu beralih ke Gundam 00.

Latar belakang Setsuna, setelah di brainwash oleh Ali al-Saanchez telah bertindak membunuh ibu bapanya sendiri disebabkan pengaruh dan tunjuk ajar yang salah dari Ali. Disebabkan peristiwa tersebut..telah menimbul kebencian yang amat mendalam Setusna terhadap Ali.

Setelah Setsuna menghilangkan diri pada musim pertama..kini telah muncul kembali empat tahun kemudian dan menyertai Calestial Being semula.

Lockon Stratos

Neil Dylandy atau nama glamernyer Lockon Sratos adalah juruterbang sulung dan dianggap sebagai pemimpin utama GUndam Meister. Bersikap selamber dog dan tenang Lockon mengawal Gundam Dynames sambil ditemani robot bola yang diberi nama Haro.

Lockon juga mempunya sengketa peribadi terhadap Ali al-Saanchez yang bertanggungjawab atas kematian seluruh keluarganya (pengeboman di Ireland).

Setelah dibunuh pada musim pertama Lockon telah di ganti dengan adik saudara kembarnyer iaitu Lyle Dylandy. Tanpa mengubah nama Lockon, Lyle telah mengemudi Gundam Cherudim yang berfungsi dalam peperangan jarak jauh.

Allelujah Haptism

Allelujah adalah anak yatim piatu (kesian dier!). Semenjak kecil dia menghabiskan masanyer menyertai kumpulan Reformasi Manusia sebagai subjek percubaan Super Soldier yang diberi kod nama E-57. Walaupun bersikap lembut bukan bapuk dan lebih rasional berbanding dengan lain.. dia ada dual personal iaitu sadistik (ganas giler siafatnyer) dan egois.

Mengemudi Gundam Kyrios (bukan Kyrios kebab)..saingan utama beliau adalah pilot Super Program HRL Soma Peries. Kiranya dulu mereka ditempatkan dalam program yg sama.. Sebab itu lah ada talian super kinetik antara kepala hotak Allujah dengan Soma (betul ke bahasa aku ni? hahah)

Selepas Gundam Kyrios jahanam..beliau mengemudi Gundam Arios..gundam yang dikemudi oleh Allelujah berbentuk kapal terbang bermobiliti tinggi. Pada musim pertama aku ingat kan Allelujah dah mampos rupa-rupanya pada musim kedura..setelah 4 tahun rupa-rupanya dipenjara. Tapi beliau telah diselamatkan oelh rakan-rakanya dan selepas itu telah bersatu kembali.


Tieria Erde

Tiera adalah Gundam Meister yang mengemudi Gundam Virtue..sebuah Gundam super debab yang mempunyai perisai berat dan penggantinyer adalah Seravee Gundam. Beliau begitu obses dan begitu taat dengan arahan Veda (satu pengatucaraan komputer) Seorang yang penuh misteri nusantara..bersikap dingin tetapi sedaya upaya ingin berubah untuk membantu Gundam eister yang lain. Tieria juga adalah seorang Innovators dan mempunyai hubungan dengan Meisters KIA atau M.I.A pada akhir musim pertama)

Tiera terus bekerja dengan Calestial Being selama 4 tahun dan menyelamatkan Setsuna daripada A-Laws apda masa awal rancangan musim kedua.

0 comments:

Post a Comment